Close

DJI Osmo Pocket 4P akan tiba ke pasaran global pada 30 Julai ini

DJI akhirnya mengesahkan kamera gimbal kompak baru mereka iaitu Osmo Pocket 4P akan tiba ke pasaran global pada 30 Julai 2026, perkara tersebut dikongsi menerusi video teaser yang dimuat naik melalui platform media sosial rasmi mereka.

Sebelum ini, Osmo Pocket 4P telahpun diperkenalkan lebih awal di pasaran China dan merupakan model pertama dilengkapi dengan sistem dwi-kamera dalam siri Osmo Pocket. Tetapan dwi-kamera memberikan kemampuan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding tetapan satu kamera.

Di China, DJI Osmo Pocket 4P dijual pada harga bermula CNY3799 (RM2285) dan CNY4299 (RM2580) untuk set Vlog Kit. Untuk pilihan warna, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Classic Black dan Pearl White.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh, harga jualan rasmi dan juga ketersediaan peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN