Close

vivo V80 Lite 5G akan tiba di Malaysia pada 3 September ini

vivo Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu V80 Lite 5G pada 3 September 2026. Peranti ini bakal hadir dengan kapasiti bateri sebesar 10,000mAh, sama seperti mana yang ditawarkan oleh REDMI.

Seiring dengan ketibaannya, vivo turut berkongsi beberapa maklumat mengenai V80 Lite 5G. Peranti ini akan dilengkapi dengan bateri sebesar 10,000mAh BlueVolt, dilabelkan sebagai fon dengan bateri terbear yang pernah digunakan oleh vivo.

Bateri tersebut menggunakan teknologi silikon anod generasi keempat serta teknolog Magic Cube Battery Packaging. Turut menyokong fungsi reverse charging, membolehkan ia digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.

Selain itu, vivo V80 Lite 5G akan hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci. Peranti ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black. Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai V80 Lite 5G akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN