Close

Kamera ‘variable aperture’ mungkin eksklusif untuk iPhone 18 Pro Max

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max tidak lama lagi dengan beberapa peningkatan besar, termasuk cip A20 Pro yang lebih pantas, kapasiti bateri yang lebih besar serta sistem kamera yang dinaik taraf.

Dalam perkembangan terbaru, Apple dikatakan hanya akan menyertakan teknologi kamera variable aperture pada iPhone 18 Pro Max sahaja. Bermaksud, teknologi tersebut tidak akan menyokong iPhone 18 Pro, sekaligus menjadikan iPhone 18 Pro Max satu-satunya yang menyokong ciri eksklusif ini.

Teknologi apertur boleh ubah membolehkan kamera melaraskan saiz bukaan lensa bagi mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam sensor. Masalah ruang dikatakan menjadi penyebab model Pro tidak akan dilengkapi dengan teknologi ini, memerlukan ruang tambahan untuk memuatkan perkakasan sistem variable aperture.

Rekaan iPhone 18 Pro Max yang lebih besar membolehkan teknologi ini dimuatkan. Lebih menarik, laporan sama mendedahkan iPhone 18 Pro Max akan mempunyai ketebalan sekitar 9mm dan berat sekitar 240 gram.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai teknologi variable aperture yang akan digunakan oleh Apple pada iPhone 18 Pro Max. Persoalannya, adakah ketibaan ciri ini akan membuatkan pengguna lebih memilih iPhone 18 Pro Max berbanding iPhone 18 Pro?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN