Close

OnePlus 12 akan diperkenalkan pada 4 Disember ini

OnePlus secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 12. Acara pelancaran tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 4 Disember 2023 bersempena dengan ulang tahun ke-10 OnePlus.

Seiring dengan pelancaran yang semakin hampir, pelbagai maklumat telahpun didedahkan mengenai peranti ini. OnePlus 12 dijangka akan menjadi peranti terbaik dalam barisan OnePlus. Dimuatkan dengan pelbagai teknologi terkini, fungsi yang lebih baik dan spesifikasi menarik.

OnePlus 12 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama dengan pengecasan pantas 100W. Menggunakan skrin LTPO OLED dari BOE dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits dan menjalankan sistem operasi OxygenOS 14 berasaskan Android 14.

Keupayaan kamera turut dipertingkat dengan sensor baharu dari Sony iaitu Lytia 808 yang dipadankan dengan penjenamaan Hasselblad. Keupayaan ini menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi yang didedahkan. Spesifikasi penuh hanya akan diketahui pada acara pelancarannya pada 4 Disember ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN