Close

Samsung mungkin tukar nama Exynos kepada nama baharu

Pada ketika ini, cip Exynos buatan Samsung tidak mempunyai reputasi yang agak baik berikutan beberapa masalah yang dihadapi seperti masalah kepanasan dan prestasi. Oleh yang demikian, Samsung mungkin akan menjenamakan semula cip Exynos kepada nama baharu.

Menurut laporan, Samsung mungkin akan menggunakan nama ‘Dream Chip’ untuk menggantikan Exynos. Maklumat mengenai penjenamaan semula cip buatan Samsung telahpun kedengaran sejak setahun lalu.

Namun, ini mungkin waktu yang sesuai untuk Samsung melakukan penjenamaan semula dalam usaha untuk mendapatkan kredibiliti dan kepercayaan pengguna mereka semula.

Cip andalan terakhir yang dihasilkan oleh Samsung adalah Exynos 2200, digunakan pada siri Galaxy S22 dan mendapat reaksi kurang baik mengenai cip tersebut. Berikutan itu, Samsung menggunakan cip Snapdragon pada siri Galaxy S23.

Samsung dijangka akan membuat kemunculan semula melalui cip andalan Exynos 2400 yang akan digunakan pada siri Galaxy S yang seterusnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN