Close

3 benda yang best mengenai vivo Y27s

vivo sering menawarkan peranti dengan prestasi dan keupayaan yang menarik pada harga mampu milik. Tidak hairanlah, sekiranya vivo sering menjadi pilihan utama berbanding pengeluar lain.

Tidak seperti model sebelumnya, vivo melalui model Y27s telah tampil dengan nafas baru bersama dengan pelbagai kemas kini yang lebih baik seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. 

Rekaan yang menarik dan menonjol

Tidak dinafikan, perkara pertama yang dilihat oleh kebanyakan pengguna adalah rekaan. Jadi, vivo melalui model Y27s tampil dengan rekaan yang simplicity dan menarik seiring dengan trend masa kini.

Untuk menjadikan rekaan Y27s tampil unik dan premium, vivo telah menggunakan kemasan yang dipanggil sebagai Fantasy frame. Kemasan ini memberikan kesan berwarna-warni apabila terkena cahaya matahari. Sekaligus, menjadikan ia kelihatan unik dan berbeza dari kebanyakkan peranti yang ditawarkan di pasaran. Tidak ketinggalan, Y27s turut tampil dengan rekaan kamera Twin-lens yang memberikan elemen profesional dalam pengimejan.

Y27s menggunakan bahan binaan Glitter AG Matte 2.5D pada panel belakang menjadikan ia lebih tahan calar dan kurang kesan jap jari. Binaan ini juga turut memberikan sentuhan dan cengkaman yang lebih baik ketika menggunakan peranti. Selain itu, peranti juga agak nipis dengan 8.17 mm dan ringan dengan 192 gram jika dibandingkan dengan Galaxy A14.

Perkara paling menarik pada Y27s adalah pilihan warna yang ditawarkan iaitu Garden green dan Burgundy black. Kedua-dua warna mempunyai elemen dan identiti yang berbeza. Untuk Garden green ia dihasilkan dengan gabungan hijau dan emas menjadikan ia lebih menonjol dan sensasi dengan tekstur yang berkilau. Manakala Burgundy black, adalah warna boleh berubah menjadi warna merah tua yang berkilau apabila terkena cahaya. Secara peribadi, kami lebih menyukai Burgundy black.

Prestasi yang padu dan jitu

Tidak hanya mempunyai rekaan yang menarik, Y27s ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang berkuasa. Dijana dengan cip Snapdragon 680 yang dibina dengan teknologi 6nm. Dipadankan dengan RAM sehingga 16GB melalui Extended RAM dan storan dalaman sehingga 256GB yang boleh menyimpan lebih banyak data seperti imej, video dan sebagainya. Dari segi prestasi, tiada sebarang masalah yang dihadapi semua aplikasi dapat dijalankan dengan lancar biarpun lebih dari 8 aplikasi berjalan di belakang.

Y27s tampil dengan skrin LCD yang bersaiz 6.64inci dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Lebih menarik, peranti ini turut dilengkapi dengan Sunlight Display yang mampu memberikan pengalaman menonton yang lebih baik biarpun di bawah terik matahari. Secara keseluruhan, keupayaan skrin peranti ini sememangnya cemerlang untuk pengalaman menonton kandungan media sosial dan sebagainya.

Ketahanan bateri adalah kelebihan pada peranti ini. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Pengecasan ini mampu mengecas 30% hanya dalam 15 minit dan 70% hanya dalam 34 minit sahaja. Kemampuan bateri ini mampu bertahan sepanjang hari namun bergantung kepada penggunaan.

Selain itu, Y27s ini turut hadir dengan fungsi menarik seperti Audio booster yang memberikan pengalaman audio yang lebih baik. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong penarafan IP54 menjadikan peranti lebih durable dan kalis air.

Kemampuan kamera yang serba boleh

Peningkatan yang agak ketara pada Y27s adalah pada kemampuan kamera. Tampil dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP f/1.8 JN1 + 2MP f/2.4 bokeh. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 8MP f/2.0/. Kemampuan kamera peranti ini boleh dikatakan sebagai lengkap untuk segmennya.

Untuk menjadikan kamera ini lebih menarik, vivo telah memuatkan pelbagai fungsi yang dapat membantu memberikan hasil imej dan video lebih cantik. Antara fungsi menarik adalah seperti Mutl-style potrait yang membolehkan gambar potrait diambil dengan lebih menarik dan bergaya.

Terdapat juga fungsi lain seperti Cinematic filter yang meningkatkan lagi kualiti video dan boleh merakam video pada aspek sinematik 21:9 yang. Tidak ketinggalan terdapat juga fungsi Dual exposure dan Document mode.

Secara keseluruhan, kemampuan dan keupayaan kamera Y27s ini sememangnya baik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Kesimpulan

Apa yang boleh dikatakan adalah, Y27s mempunyai pakej yang menarik dan lengkap. Penawaran yang dibawakan oleh vivo pada peranti ini adalah cukup baik, merangkumi pelbagai rekaan, binaan, prestasi, bateri dan kemampuan kamera. Sekiranya anda mencari sebuah peranti yang versatile dengan harga mampu milik, Y27s mungkin pilihan yang terbaik.

Jika anda berminat, Y27s ditawarkan pada harga RM799 untuk 8GB + 256GB. Peranti ini dibeli melalui laman web rasmi vivo atau secara atas talian Shopee atau Lazada vivo Malaysia. Dapatkan Y27s anda sekarang!

ARTIKEL BERKAITAN