Kerajaan akan mengambil tindakan tegas dengan menyekat akaun atau melucutkan hak kredit kepada penerima eMadani sekiranya melakukan penebusan tunai atau pemindahan peer-to-peer (P2P).
SIARAN MEDIA BERKENAAN ELAK JADI MANGSA PENIPUAN 'SCAMMER' YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN 'CASH-OUT' BAGI KREDIT eMADANI pic.twitter.com/gbOeXFr1sJ
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) December 4, 2023
Selain itu, kerajaan tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kehilangan kredit akibat dari pemindahan tunai atau P2P dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang tawaran perkhidmatan penebusan yang mencurigakan.
Kredit eMadani RM100 diperkenalkan bertujuan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam masa yang sama mengalakkan pertumbuhan ekonomi digital. Rakyat boleh menebus kredit eMadani bermula hari ini melalui 4 perkhidmatan e-Dompet iaitu ShopeePay, MAE, Setel dan TnG eWallet.