Close

eMadani RM100 boleh ditebus bermula hari ini

Kredit eMadani RM100 (dahulu dikenali sebagai e-Tunai) kini boleh ditebus bermula hari ini iaitu 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. eMadani RM100 tersedia kepada rakyat yang berpendapat bawah RM100,000 setahun serta golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.

Proses penebusan ini memerlukan pengesahan akaun. Seterusnya, pengguna boleh memilih penyedia perkhidmatan e-dompet yang ingin digunakan. Terdapat 4 aplikasi perkhidmatan e-dompet yang boleh dipilih iaitu ShopeePay, Setel, MAE dan TNG eWallet. Proses penebusan ini mengambil masa 24 jam hingga 5 hari selepas permohonan dibuat.

Namun begitu, eMadani RM100 ini hanya boleh dibelanjakan secara fizikal bukan secara atas talian. Selain itu, kredit eMadani RM100 perlu dibelanjakan sebelum 29 Februari 2024.

Pemberian kredit e-Tunai RM100 melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN