Close

YouTube akan kurangkan iklan di TV – Ini sebabnya…

YouTube dan iklan boleh dikatakan sebagai sahabat baik sekiranya anda tidak melanggan YouTube Premium. Dengan iklan ia menjadikan pengalaman menonton dan penggunaan menjadikan kurang menarik.

Terbaru, YouTube dikatakan akan mengurangkan iklan di TV bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih baik. Namun, sebagai balasan YouTube akan memaparkan iklan yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

Menurut YouTube, majoriti pengguna lebih menyukai iklan yang panjang berbanding iklan pendek yang dikatakan lebih mengganggu pengalaman menonton. Dengan iklan yang panjang, pengguna dapat menikmati tontonan lebih lama iaitu 29% sebelum iklan seterusnya di paparkan. Namun begitu, skip iklan akan menjadi lebih panjang iaitu sekitar 1 minit berbanding sebelum ini 4 hingga 6 saat.

Selain itu, YouTube akan mula meletakkan iklan pada YouTube Shorts di TV berikutan jumlah pengguna yang dikatakan meningkat secara mendadak 100% sejak ia diperkenalkan.

ARTIKEL BERKAITAN