Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai telefon mampu milik pertama dari Nothing iaitu Phone (2a). Telefon ini dijangka akan menjadi peranti pertama dikuasakan dengan cip dari MediaTek.

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Nothing Phone (2a) telah tertiris. Merujuk kepada rekaan tersebut memperlihatkan ia tampil dengan rekaan yang berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Nothing.
Nothing Phone 2a PVT
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) December 16, 2023
Gets:
– 120Hz OLED panel
– Dimensity 7200
– 8/128GB
– 50MP dual camera setup
– Ships with Nothing OS 2.5
– Android 14
– New back design
– Redesigned Glyph
– Glyph controls similar to Phone 2
MWC launch, Good for $400 pic.twitter.com/WNCoJoRMhW
Selain itu, terdapat juga lampu ikonik LED Glyph dengan elemen lutsinar turut dimuatkan pada Phone (2a) namun dengan susunan berbeza. Rekaan kamera belakang menggunakan rekaan berbentuk bulat dengan tetapan dwi-kamera.
Meet the Nothing Phone (2a)!
— Dylan Roussel (@evowizz) December 15, 2023
Model: A142.
Codenames: Pacman / Aero(dactyl?).
Nothing's next phone comes with a Mediatek SoC for the first time. The Mediatek Dimensity 7200. It has 3 Glyph parts, and a brand new design.
Launch event at MWC? pic.twitter.com/UTwk2bUjjA
Untuk spesifikasi, Nothing Phone (2a) dijangka akan hadir skrin OLED 6.7-inci 120Hz, cip Dimensity 7200, 8GB RAM, 128GB storan dan kamera utama 50MP. Harga jualan untuk peranti ini dikatakan sekitar $400 (RM1860).
Nothing Phone (2a) dijangka akan membuat kemunculan pertama pada acara MWC 2024 di Barcelona yang akan berlangsung 27 Februari.