Close

HONOR bakal perkenal telefon lipat baharu – Paling ringan dan nipis di Malaysia?

HONOR nampaknya sudah bersedia untuk memasuki tahun 2024. Dalam pekongsian terbaru, HONOR mendedahkan yang mereka akan melancarkan telefon lipat baharu untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut memperlihatkan yang HONOR akan tampil dengan telefon lipat paling ringan dan nipis di pasaran setakat ini. Malangnya, HONOR tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti tersebut.

Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti tersebut adalah HONOR Magic V2. Yang mana, ia telah diumumkan lebih awal pada September lalu. Selain ringan dan nipis, telefon lipat baharu ini dijangka akan turut dimuatkan dengan pelbagai teknologi dan juga inovasi terkini.

Seperti biasa, maklumat mengenai spesifikasi, penawaran harga dan ketersediaan hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN