HyperOS telahpun diumumkan oleh Xiaomi pada Oktober lalu sebagai pengganti kepada sistem operasi MIUI. HyperOS tidak hanya terhad kepada telefon pintar sahaja tetapi akan turut digunakan pada peranti pintar Xiaomi yang lain seperti tablet, kereta elektrik dan sebagainya.

Terbaru, Xiaomi telahpun mengumumkan logo baharu HyperOS seiring dengan pelancaran global untuk sistem operasi tersebut tidak lama lagi. Menurut Lei Jun, logo baharu ini adalah titik galaksi yang menggambarkan ketersambungan di antara idea dan juga dunia digital. Selain itu, ia juga membawa maksud kepada kemampuan dan kelancaran ekosistem Xiaomi melalui HyperOS.

Logo baharu ini masih mengekalkan warna utama iaitu biru yang digunakan pada perkataan OS. Sebagai perbandingan, logo awal HyperOS hanya terdapat woodmark sahaja tanpa sebarang ikon.
I'm excited to share two important updates with you today. First, #XiaomiHyperOS is officially launching a new logo.
— Lei Jun (@leijun) December 27, 2023
It's a galaxy of dots, swirling together like ideas and connections in our digital universe. People and devices in the dot matrix are flowing freely and… pic.twitter.com/g9tbHZ18BG
HyperOS dijangka akan tersedia kepada peranti Xiaomi, Redmi dan juga POCO. Sistem operasi baharu ini akan dilepaskan secara berperingkat kepada semua pengguna global bermula 2024.