realme Malaysia secara rasmi telah melancarkan peranti kelas permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui model realme C67. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari model sebelumnya.

Dari segi spesifikasi, realme C67 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 90Hz dengan kecerahan puncak sehingga 950 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8G RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP dan swafoto 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sokongan Mini Capsule 2.0, NFC 360°, penarafan IP54 dan pembesar suara jenis stereo.

Bersempena dengan tahun 2024, realme turut memperkenalkan slogan baharu iaitu “Make it real”. realme C67 akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan slogan tersebut. Menurut realme, slogan ini akan membawakan teknologi yang lebih baik yang akan dimanfaatkan oleh pengguna muda.

Di Malaysia, realme C67 dijual pada harga bermula RM799 untuk 8GB + 128GB dan RM899 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Black rock dan Sunny Oasis. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 6 hingga 20 Januari ini.

Lebih menarik, realme Malaysia akan memberikan hadiah percuma bernilai RM247 untuk 30 pembeli 30 terawal. Selain itu, terdapat juga baucar diskaun sebanyak RM50 akan diberikan kepada 67 pembeli terawal.