Close

realme Note bakal diperkenalkan – Siri baharu dari realme

realme secara rasmi mendedahkan yang mereka akan memperkenalkan siri baharu dalam barisan peranti mereka. Siri baharu tersebut akan dikenali sebagai ‘realme Note’ dan akan menawarkan sesuatu yang berbeza dari barisan siri realme.

Namun begitu, realme tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai siri realme Note. Menurut laporan, siri realme Note akan hadir dengan beberapa pilihan varian dari model mampu milik hingga model andalan.

Lebih menarik, salah satu model realme Note iaitu Note 50 telahpun dikesan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi (NBTC). Buat masa ini, terlalu sedikit maklumat yang dikongsi oleh realme. Kami menjangkakan lebih banyak laporan akan didedahkan dari masa ke sesama.

ARTIKEL BERKAITAN