Apple Vision Pro yang boleh dipra-tempah bermula 19 Januari lalu dilaporkan telah terjual sekitar 160,000 hingga 180,000 unit.

Menurut laporan, Vision Pro telah terjual 180,000 unit untuk pra-tempahan pertama dengan penghantaran hanya akan bermula sekitar 5 hingga 7 minggu. Namun begitu, jumlah tersebut dijangka akan menurun apabila pengguna awal menerima pesanan mereka. Selain itu, masa penghantaran yang panjang juga akan menjadi sebab utama penurunan permintaan Vision Pro.

Pakar tiris Ming Chi-Kuo menjangkakan yang Vision Pro akan terjual sebanyak 500,000 unit menjelang akhir tahun ini. Jumlah tersebut dijangka akan berjaya di capai oleh Apple.
Vision Pro telahpun diperkenalkan pada Jun lalu di acara WWDC 2023 dan dijual pada harga $3499 (RM16,016). Buat masa ini, Vision Pro hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.