Close

Siri Xiaomi 14 akan tiba di Malaysia pada 7 Mac ini

Xiaomi Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk siri Xiaomi 14 pada 7 Mac ini. Siri Xiaomi 14 telahpun diperkenalkan secara global di acara MWC 2024 yang berlangsung semalam. Hadir dalam dua pilihan model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.

Xiaomi 14 Ultra hadir dengan skrin LTPO AMOLED 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision, HDR10+ dan juga kecerahan puncak 3000 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP periskop telefoto + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto dengan 3.2x zum optik dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan HyperOS berasaskan Android 14.

Manakala untuk Xiaomi 14, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.

Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 4610mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP sebesar 1/1.31-inci + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto. Keupayaan kamera ini dijana dengan teknologi kamera Leica Summilux baru dengan penjenamaan Leica. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP.

Untuk pasaran tempatan, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan hadir dengan spesfikasi yang sama seperti pasaran global. Namun, yang masih menjadi rahsia adalah mengenai penawaran harga dan juga ketersediaannya. Seperti biasa, perkara tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN