Close

MediaTek perkenalkan cip Dimensity 8400 – Apa yang baru?

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Dimensity 8400. Merupakan cip kelas pertengahan dan tampil dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

Dimensity 8400 hadir dengan konfigurasi 8 teras CPU Cortex-A725 dengan kelajuan 3.25 GHz. Dipadankan dengan teknologi RAM LPDRR5X dan storan dalaman UFS 4.0. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Arm Mali-G720 MC7 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 24% dan penjimatan kuasa sehingga 42%.

MediaTek mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 41% pada teras pelbagai berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, cip ini turut menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah iaitu sehingga 44%.

Cip ini turut dilengkapi dengan NPU 880 yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI dengan penggunaan kuasa 18% yang lebih rendah. Untuk kamera, cip ini dilengkapi dengan Imaqiq 1080 ISP yang menyokong sensor sehingga 320MP dan menyokong rakaman video HDR dengan resolusi 4K.

Spesifikasi yang turut ditawarkan pada cip ini adalah seperti menyokong skrin WQHD+, paparan 144Hz, WiFi 6E, Bluetooth 5.4 dan menyokong modem 5G-A baru yang menawarkan prestasi muat turun sehingga 5.17 Gbps.

ARTIKEL BERKAITAN