Close

Kemas kini One UI 7 untuk pengguna Malaysia akan tersedia bermula 14 April 2025

Samsung Malaysia mengesahkan kemas kini One UI 7 akan tersedia kepada pengguna bermula 14 April 2025.

One UI 7 dibina berasaskan kepada Android 15 dan hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi antara muka yang lebih menarik, sistem operasi yang lebih lancar dan juga fungsi baru.

Selain itu, One UI 7 akan turut memperkenalkan beberapa fungsi baru seperti Audio Eraser, intergrasi Google Gemini dan AI Select. Tidak ketinggalan, One UI 7 juga menampilkan Now Bar yang memberikan kemas kini masa nyata pada skrin hadapan ketika terkunci.

Peranti terawal yang akan menerima kemas kini One UI 7 adalah siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6. Penawaran One UI 7 akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti dalam beberapa minggu akan datang.

Antara peranti lain yang menerima kemas kini One UI 7 termasuklah Galaxy S24 FE, Galaxy S23 FE, siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, siri Galaxy Tab S10 dan siri Galaxy Tab S9.

ARTIKEL BERKAITAN