Close

POCO F7 Pro dan F7 Ultra akan tiba secara global pada 27 Mac ini

POCO mengesahkan ketibaan peranti baru mereka ke pasaran global pada 27 Mac ini. Maklumat tersebut dikongsi melalui platform media sosial dan laman rasmi mereka.

Pada acara tersebut, dua peranti akan diumumkan iaitu POCO F7 Pro dan F7 Ultra. Perkongsian tersebut turut memperlihatkan rekaan peranti tersebut. Kedua-dua peranti hadir dengan rekaan sisi jenis rata dan menggunakan rekaan kamera jenis bulat. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang untuk model Ultra dan dwi-kamera belakang untuk model Pro.

Selain itu, turut dapat dilihat butang kuasa dan butang suara diletakkan di bahagian sisi kanan. Hadir dengan pilihan warna yang menarik iaitu Hitam dan Kuning. POCO F7 Pro dan F7 Ultra dijangka hadir dengan spesifikasi yang menarik seperti cip pemprosesan terbaru, pengecasan lebih pantas dan sistem kamera yang lebih baik.

Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai harga juala dan ketersediaan hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN