Infinix secara rasmi mengumumkan peranti baru mereka iaitu Note 50 Pro+. Tampil dengan pelbagai perkara menarik seperti cip yang berkuasa, pengecasan lebih pantas dan juga sokongan teknologi One-Tap AI∞.

Note 50 Pro+ hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Ultimate yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W, wireless 50W dan reverse wireless 10W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara stereo JBL, penarafan IP65, IR Blaster, pengimbas cap jari dalam skrin dan juga NFC. Peranti ini turut dilengkapi dengan Bio-Active Halo AI Lighnting yang akan memaparkan lampu sekiranya menerima notifikasi.

Infinix Note 50 Pro+ dijual pada harga bermula sekitar $370 (RM1636) untuk 12GB + 256GB. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.