Close

iQOO Z10 dengan bateri 7300mAh akan diperkenalkan pada 11 April ini

iQOO bakal memperkenalkan peranti mereka yang seterusnya pada 11 April ini. Peranti yang akan diperkenalkan adalah iQOO Z10.

iQOO telahpun berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti ini melalui platform rasmi media sosial mereka. Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan iQOO Z10 tampil dalam pilihan warna putih dengan bonggol yang tebal dengan rekaan jenis bulat.

Selain itu, turut dapat dilihat ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan satu lampu flash LED. Paling menarik, peranti ini akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 7300mAh. Sebagai perbandingan iQOO Z9 hanya dilengkapi dengan bateri sebesar 6000mAh sahaja.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh iQOO. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN