Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. CelcomDigi telah memperkenalkan dua pas eksklusif baru untuk menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih meriah.

Pas eksklusif ini tersedia untuk pengguna pascabayar dan prabayar dari 20 Mac hingga 28 April 2025. Terdapat 2 pilihan pas internet yang ditawarkan iaitu pas video raya dan pas internet 2999GB.

Untuk pas video raya, ia ditawarkan dengan data 2999GB pada harga RM6 dengan tempoh sah selama 4 hari. Melaluinya, ia menawarkan data khusus untuk penstriman berkelajuan tinggi. Pas ini tersedia untuk penstriman terpilih seperti iQIYI, Netflix, YouTube, Viu dan Disney+ Hotstar.

Manakala untuk pas internet 2999GB, ia ditawarkan pada harga RM8 dengan tempoh sah selama 4 hari. Melaluinya, ia menawarkan sambungan internet pantas dengan sambungan rangkaian 4G dan 5G.
Lebih menarik, kedua-dua pas ini menyokong tethering atau hotspot sekaligus membolehkan pengguna berkongsi data atau sambungan rangkaian dengan peranti lain.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, anda boleh layari laman rasmi CelcomDigi.