Close

Spesifikasi OPPO Find X8S dan X8S+ tertiris – Guna cip Dimensity 9400+

OPPO dijangka akan memperkenalkan Find X8S dan Find X8S+ pada bulan depan bersama dengan model paling premium iaitu Find X8 Ultra.

Terbaru, spesifikasi bagi kedua-dua peranti dikatakan telahpun tertiris. Kedua-dua model ini hadir dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 6.3-inci untuk Find X8S dan 6.59-inci Find X8S+. Selain itu, kedua-dua ini menggunakan rekaan skrin jenis rata.

Siri OPPO Find ‘S’ berkemungkinan hadir dengan cip baru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400+. Cip baru ini akan diperkenalkan pada 11 April ini. Kedua-dua model ini dijangka akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding sebelumnya, malangnya tiada angkat tepat yang didedahkan.

Spesifikasi lain yang akan dibawakan pada peranti adalah seperti pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 50W, penarafan IP68/IP69 dan pengimbas cap jari jenis optikal.

Secara ringkas, OPPO Find X8S+ adalah versi naik taraf dari Find X8 dengan cip lebih pantas dan bateri lebih besar, manakala Find X8S pula adalah versi kompak yang lebih kecil dengan berat hanya 179g.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN