Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan dikenakan cukai sehingga 100% sekiranya gagal untuk membina kilang di Amerika Syarikat (AS).
Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump, menyatakan TSMC akan dikenakan cukai sehingga 100% sekiranya tidak membina kilangnya di negara tersebut seperti yang dijanjikan.
Trump juga mengkritik pentadbiran Joe Biden kerana memberikan geran berjumlah $6.6 bilion kepada TSMC untuk kilang cip di Phoenix, Arizona. Trump menyatakan syarikat semikonduktor tidak memerlukan dana tersebut.
Sebelum ini, TSMC mengumumkan rancangan pelaburan $100 bilion di Amerika Syarikat, termasuk pembinaan lima lagi kilang cip dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
TSMC ketika ini berada dalam tekanan akibat dari isu geopolitik dan juga peraturan eksport AS. Selain itu, TSMC juga sedang berdepan kemungkinan denda lebih $1 bilion selepas cip yang dihasilkannya didapati digunakan dalam pemproses AI Huawei.