Close

Siri iQOO Z10 diperkenalkan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 dan bateri 7300mAh

iQOO secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri Z iaitu Z10 dan Z10x. Buat yang tidak mengetahu, siri iQOO Z adalah peranti kelas pertengahan hadir dengan pakej yang lengkap dan menarik.

Untuk iQOO Z10, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 2MP kedalaman dan 32MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. iQOO menjanjikan kemas kini sehingga 2 tahun untuk Android dan 3 tahun untuk keselamatan.

Manakala untuk iQOO Z10x, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 dengan konfigurasi memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Peranti ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. iQOO turut menawarkan kemas kini yang sama seperti iQOO Z10 iaitu sehingga 2 tahun untuk Android dan 3 tahun untuk keselamatan.

Di India, iQOO Z10 dijual pada harga bermula sekitar INR 21,999 (RM1133) manakala iQOO Z10x pula dijual pada harga bermula sekitar INR 13,999 (RM720). Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan tiba ke pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN