Close

Maybank perkenal ‘cooling-off period’ untuk had transaksi tambah nilai

Maybank akan memperkenalkan tempo bertenang baru (cooling-off period) selama 12 jam untuk peningkatan had transaksi harian untuk perkhidmatan tambah nilai. Perlaksanaan tersebut akan berkuat kuasa bermula 26 Mei 2025.

Menurut Maybank, pengenalan fungsi ini adalah untuk meningkatkan keselamatan transaksi dalam masa yang sama memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih baik.

Ketika ini, had transaksi yang ditetapkan adalah RM200 untuk perkhidmatan prabayar dan kredit permainan. Namun begitu, had tersebut boleh ditingkatkan kepada RM500 melalui web Maybank2u.

Sebarang peningkatan had transaksi memerlukan pengesahan melalui Secure2u. Selain itu, tempoh bertenang 12 jam akan dikenakan sebelum had baru boleh digunakan pada aplikasi MAE dan web Maybank2u.

Semasa tempoh bertenang diaktifkan, pengguna masih boleh melakukan transaksi mengikut had pemindahan sedia ada. Sementara, had baru hanya akan berkuat kuasa selepas tamat tempoh bertenang. Maybank akan menghantar notifikasi pemberitahuan selepas tamatnya tempoh bertenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempoh bertenang untuk had transaksi, layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN