YouTube mungkin akan perkenalkan pelan langganan premium baru selepas dikesan menguji pelan premium untuk dua orang.
Menurut laporan, YouTube dikatakan sedang menguji pelan langganan premium untuk dua pengguna sesuai untuk pasangan atau isi rumah kecil. Melalui pelan ini, ia membolehkan pengguna berkongsi langganan dengan harga lebih murah berbanding pelan Individu atau Keluarga.

Buat masa ini, pelan ini telahpun diuji di beberapa negara seperti India, Perancis, Hong Kong dan Taiwan. Di India, pelan premium untuk dua orang ditawarkan pada harga sekitar ₹219 (RM11) untuk sebulan. Sebagai perbandingan, pelan keluarga pula ditawarkan pada harga sekitar ₹299 (RM15) untuk sebulan.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah pelan ini akan diperluaskan ke negara lain atau sebaliknya. Sekiranya pelan ini ditawarkan kepada lebih banyak negara ia bakal menjadi alternatif terbaik berbanding pelan premium sedia ada.