Selepas lebih setahun trailer pertama permainan GTA 6 diperlihatkan, Rockstar Games hari ini telah berkongsi trailer kedua permainan tersebut.
Trailer kedua ini berdurasi 2 minit 46 saat, lebih memfokuskan kepada pembentukan watak dan plot permainan tanpa mendedahkan terlalu banyak mengenai cara permainan untuk GTA 6. Beberapa watak sampingan turut diperlihatkan dalam trailer ini.

Selain itu, terdapat peningkatan kualiti grafik pada trailer kedua berbanding trailer pertama. Bercakap mengenai latar permainan, Rockstar Games membawakan kembali Liberty City yang berkemungkinan menjadi tempat penting dalam permainan ini.

Permainan GTA 6 akan tiba pada 26 Mei 2026 dan akan tersedia untuk PS5 dan Xbox Series S / X. Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai ketibaan permainan ini untuk versi PC.