Close

EV pertama Perodua akan tiba pada tahun ini – Harga bawah RM80K

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) telahpun memperlihatkan reka bentuk awal EV pertama mereka di acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). EV pertama dari Perodua ini akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Di acara MAS 2025, EV pertama Perodua ini diperlihatkan dalam keadaan separuh dari rekaan keseluruhannya. Melaluinya, ia mendedahkan reka bentuk dalaman, luaran dan juga teknologi yang digunakan. Secara keseluruhan, rekaan EV pertama Perodua ini nampak moden dan juga minimalis.

Perodua turut berkongsi harga jualan untuk EV pertama mereka, ditawarkan pada harga antara RM50,000 hingga RM80,000 dengan jarak gerak sekitar 400 km. Selain itu, EV ini akan ditawarkan melalui konsep sistem bateri secara sewaan yang boleh ditukar.

Menuju hari pelancarannya pada penghujung tahun ini, Perodua meletakkan sasaran jualan EV pertama mereka sebanyak 500 unit sebulan. Walau bagaimanapun, pelancarannya akan dilakukan secara berperingkat seiring dengan pembangunan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.

Malangnya, tiada maklumat penuh berkenaan spesifikasi yang dikongsi oleh Perodua mengenai EV pertama mereka. Maklumat tersebut dijangka akan dikongsi pada hari pelancarannya kelak, seperti biasa sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN