Google hari ini mengumumkan kemas kini baru untuk logo mereka dengan memperkenalkan rekaan yang lebih moden dan juga lebih segar. Ini adalah kali pertama Google mengemaskini logo ‘G’ dalam tempoh 10 tahun.

Google masih mengekalkan rekaan ikonik mereka berbentuk ‘G’ namun diberi nafas baru dengan penggunaan warna cerun (gradient) yang lebih menarik dan dinamik. Google kekalkan menggunakan susunan warna yang sama iaitu merah, kuning, hijau dan biru. Sebagai perbandingan, sebelum ini terdapat pemisah atau sempadan antara warna pada logo yang digunakan oleh Google.
Penggunaan warna cerun ini bertujuan untuk memastikan logo mudah dikenali biarpun pada pelbagai saiz skrin peranti. Selain itu, pemilihan dan penggunaan cerun ini dilihat selari dengan kebanyakkan syarikat teknologi yang menggunakan skema warna yang sama seperti Apple Music dan Instagram.
Penggunaan logo baru ini dijangka akan tiba pada semua aplikasi Google secara berperingkat.