Berita gembira untuk penjawat awam, Astro telah memperkenalkan pakej eksklusif untuk penjawat awam. Tawaran ini dikhaskan untuk lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh Malaysia termasuklah pesara penjawat awam.

Terdapat 2 pek yang ditawarkan melalui pakej eksklusif ini iaitu Entertainment Pack dan juga Sport Pack. Untuk Entertainment Pack ia ditawarkan pada harga RM39.99 sebulan manakala Sport Pack pula ditawarkan pada harga RM69.99 sebulan. Sebagai perbandingan, harga asal untuk kedua-dua pek ini adalah RM49.99 dan RM99.99 untuk sebulan.
Untuk Entertainment Pack, ia menawarkan pelbagai rancangan hiburan melebihi 100 saluran yang merangkumi program tempatan, antarabangsa dan juga akses percuma untuk Astro Go. Manakala untuk Sports Pack, ia menawarkan pelbagai akses sukan seperti MotoGP, Premier League, F1, BWF dan banyak lagi.
Pakej eksklusif ini menawarkan penjimatan sehingga RM960 dan tontonan percuma untuk kandungan kanak-kanak seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi. Selain itu, ia turut menawrkan pemasangan Plug & Play secara percuma.
Bagi penjawat awam yang berminat dengan akej eksklusif ini, anda kini boleh mendaftar melalui halaman yang disediakan atau menghantar mesej WhatsApp di +60395433838. Harus diingatkan, bukti sebagai penjawat awam atau pesara penjawat awam diperlukan untuk melayakkan anda mendapat pakej ini.