Presiden Ameriksa Syarikat (AS) iaitu Donald Trump, menyatakan tarif minima 25% akan dikenakan kepada iPhone jika tidak dibuat di AS.

Perkara tersebut dikongsi melalui Truth Social dengan menyatakan iPhone yang dijual di AS mesti dibuat di AS jika tidak bayaran cukai yang tinggi akan dikenakan. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan kepada harga jualan yang dijangka meningkat sehingga 3 kali ganda.
Pada ketika ini, kebanyakkan iPhone dibuat di China dan juga India. Sebelum ini, Apple merancang untuk mengalihkan pengeluaran untuk pasaran AS ke India bagi mengelak kesan perang perdagangan antara AS dan China.
Apple dijangka akan menghadapi masalah untuk memulakan pembuatan iPhone di AS. Ini disebabkan kebergantungan Apple kepada rantaian bekalan dari China. Bukan itu, kekurangan tenaga kerja pakar dan kos tenaga buruh turut menjadi masalah utama.