Close

MYTV Mana-mana perkenal pelan langganan tanpa iklan dengan harga bermula RM6.90

Platform penstriman tempatan iaitu MYTV Mana-mana, kini memperkenalkan pelan langganan tanpa iklan untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih lancar.

Terdapat dua pelan langganan yang ditawarkan iaitu Basic dan Premium. Untuk pelan Basic, ia ditawarkan dengan harga RM6.90 sebulan. Pelan ini hadir dengan 4 saluran premium, 1000 video on-demand, sokongan Google TV, 23 saluran TV langsung, 22 saluran radio dan boleh digunakan sehingga 3 peranti.

Manakala untuk pelan Premium ia ditawarkan pada harga RM9.90 sebulan. Hadir dengan pakej yang sama seperti pelan Basic dengan penambahan 6 saluran premium, kandungan video on-deman premium dan boleh digunakan sehingga 4 peranti.

MYTV Mana-mana dilancarkan pada 2023 dan ditawarkan secara percuma dengan iklan. Walau bagaimanapun, ia kini hadir dengan pelan langganan tanpa iklan bersama dengan sokongan saluran yang lebih menarik dan menyokong lebih banyak peranti.

ARTIKEL BERKAITAN