Close

Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri digodam

Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan telah digodam oleh pihak yang tidak dikenali dan tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut disahkan melalui kenyataan rasmi di Facebook Pejabat Menteri Dalam Negeri. Kejadian dikatakan berlaku pada hari Isnin dan telah dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan untuk siasatan lanjut.

Berikutan dari itu, orang awam diingatkan supaya tidak diperdaya dengan sebarang mesej atau panggilan yang mengaku sebagai YB Datuk Seri Saifuddin Nasution atau Menteri Dalam Negeri.

Selain itu, Pejabat Menteri turut menasihatkan semua pihak agar lebih berwaspada terhadap kemungkinan penipuan melalui aplikasi pesanan dan media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN