Close

HUAWEI menjadualkan acara pelancaran siri Pura 80 pada 11 Jun ini

HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu siri Pura 80 pada 11 Jun ini di China. Siri Pura 80 akan menjadi pengganti kepada model semasa iaitu siri Pura 70 yang diperkenalkan pada April tahun lalu.

Melalui teaser yang dikongsi, memperlihatkan siri Pura 80 mempunyai modul kamera yang besar. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan memfokuskan kepada kemampuan fotografi yang lebih baik. Siri Pura 80 dijangka akan dilengkapi dengan sensor utama 1-inci dengan apertur boleh laras. Sensor ini berkemungkinan dibangunkan sendiri oleh HUAWEI.

Terdapat juga kamera ultra lebar dengan sensor 50MP dan juga kamera telefoto perisko yang menggunakan sensor 1/1.3-inci. Selain itu, siri Pura 80 dijangka akan dikuasakan dengan cip Kirin yang lebih berkuasa dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS generasi baru.

Buat masa ini, tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada siri Pura 80. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang acara pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN