Apple mungkin akan memperkenalkan Siri dengan kemampuan Apple Intelligence pada kemas kini iOS 26.4. Sebelum ini, Apple merancang untuk memperkenalkan ciri tersebut sekitar September atau Disember 2024 namun ditangguhkan.
Dalam perkembangan terbaru, Siri dengan Apple Intelligence dijangka akan tiba melalui kemas kini iOS 26.4 iaitu sekitar Mac 2026. Melalui ciri ini, Siri mampu memahami kandungan pada skrin dan melaksanakan pelbagai tugasan berbilang langkah.

Menurut laporan, penangguhan ciri ini disebabkan oleh pelbagai isu teknikal yang dihadapi seperti masalah kejuruteraan dalaman dan juga intergrasi sistem lama dan baru. Disebabkan isu tersebut, John Giannandrea, ketua bahagian AI Apple telah diketepikan dan diganti dengan Craig Federighi, Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian.
Projek ini dikatakan sedang dibina semula secara menyeluruh dengan menggunakan teknologi teras baru yang dinamakan sebagai ‘Siri LLM’.