Komputer riba baru HONOR iaitu MagicBook Pro 14 kini boleh dibeli di secara rasmi di Malaysia.

MagicBook Pro 14 hadir dengan skrin OLED bersaiz 14-inci dengan resolusi 3.1K yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Intel Core Ultra 5 yang dipadankan 32GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB PCIe 4 SSD.

Komputer riba ini dimuatkan dengan bateri 92Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W. HONOR mendakwa, MagicBook Pro 14 ini mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 12 jam. Dari segi sambungan, ia hadir dengan 2x USB-C, 2x USB-A, 1x HDMI 2.1 dan 1x bicu audio 3.5mm.
Selain itu, komputer riba ini turut hadir dengan ciri HONOR Connect yang membolehkan intergrasi rentas sistem operasi Windows, Android dan iOS. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa.

MagicBook Pro 14 dijual pada harga RM4999, dan boleh didapati di kedai rasmi HONOR dan laman web rasmi mereka. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM508 iaitu Microsoft 365 Personal selama 1 tahun dan beg galas premium HONOR.