Close

AS tangguh larangan untuk TikTok – Beri tempoh 90 hari lagi

Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump, sekali lagi menangguhkan larangan ke atas TikTok dengan memberi tempoh baru iaitu 90 hari lagi. Sekaligus, membolehkan aplikasi tersebut terus beroperasi di negara tersebut.

Melalui arahan eksekutif baru, TikTok kini diberi tempoh 90 hari lagi untuk menyelesaikan penjualan operasi mereka di AS. Sebelum ini, AS telahpun memberikan tempoh lanjutan selama 75 hari untuk TikTok.

Terdapat laporan mendedahkan satu perjanjian pemilikan hampir dimuktamadkan antara ByteDance, kerajaan AS dan pelabur tempatan. Namun, perjanjian tersebut dikatakan menemui kegagalan susulan perang tarif antara AS dan China. Berikutan itu, pelabur kini diberi tempoh sehingga pertengahan September 2025 untuk mendapatkan perjanjian baru.

Perjanjian pemilikan tersebut perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh AS iaitu 80% pemilikan TikTok mesti dipegang oleh pelabur di AS dan selebihnya iaitu 20% dikekalkan untuk ByteDance.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN