Close

Nothing Phone (3) akan menyokong kemas kini sehingga 7 tahun

Nothing Phone (3) dijangka akan menyokong kemas kini yang lebih panjang iaitu sehingga 7 tahun.

Melalui perkongsian pengasas bersama Nothing iaitu Akis Evangelidis, Phone (3) akan menyokong kemas kini 5 + 7 tahun. Walaupun tidak menjelaskannya secara terperinci, ia berkemungkinan kemas kini 5 tahun untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan.

Dengan kemas kini sehingga 7 tahun ia bakal menjadikan penawaran peranti ini lebih menarik dan berbaloi berbanding pengeluar lain. Walau bagaimanapun, penawaran ini tidak setanding Samsung dan Google yang menawarkan kemas kini sehingga 8 tahun.

Phone (3) akan dikuasakan dengan cip berprestasi tinggi iaitu Snapdragon 8s Gen 4. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi pada CPU, GPU dan NPU yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Phone (3) dijangka akan membawa perubahan dari segi rekaan selepas dilaporkan tidak lagi menggunakan sistem LED Glyph. Namun begitu, ia masih mengekalkan identiti unik yang menjadi tarikan utama jenama ini.

ARTIKEL BERKAITAN