Close

HONOR Magic V5 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

HONOR telah mengesahkan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Magic V5 akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

HONOR mendakwa, Magic V5 akan menjadi telefon lipat andalan paling nipis di dunia dengan hanya setebal 8.8mm apabila dilipat. Sebagai perbandingan, Magic V3 adalah lebih tebal iaitu sekitar 9.2mm apabila dilipat. Walaupun hadir dengan rekaan yang nipis, Magic V5 kekal menawarkan spesifikasi yang berkuasa dan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh HONOR buat masa ini.

Seiring dengan ketibaannya ke pasaran tempatan, HONOR telah membuka pendaftaran untuk program Magic V5 Bet Experiencer. Melaluinya, peserta program berpeluang untuk menjadi yang terawal untuk mencuba dan menilai proses pembangunan Magic V5.

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibaut melalui laman web rasmi HONOR Malaysia. Peserta yang memenuhi kriteria atau layak akan dihubungi oleh pihak HONOR Malaysia.


ARTIKEL BERKAITAN