Close

TikTok bakal perkenal aplikasi khusus untuk pengguna AS

TikTok bakal memperkenalkan aplikasi baru khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menjual operasi TikTok di AS pada pelabur tempatan.

Menurut laporan, aplikasi baru khusus untuk pengguna AS dijangka akan dilancarkan pada 5 September 2025. Pengguna perlu muat turun aplikasi baru ini untuk terus menggunakan TikTok di AS. Aplikasi sedia ada masih boleh digunakan sehingga 26 Mac 2026.

Penjualan operasi TikTok di AS dikatakan sudah berada dalam fasa akhir untuk diselesaikan. Namun begitu, keputusan dan kelulusan akhir bagi penjualan tersebut akan bergantung kepada persetujuan China. Sebelum ini, AS telahpun menetapkan tarikh baru untuk ByteDance menjual operasi mereka di AS iaitu pada 17 September 2025.

Selain itu, tiada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh TikTok berkenaan situas ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN