Shopee bakal memperkenalkan perkhidmatan Instant Delivery di kawasan Lembah Klang tidak lama lagi.
Melalui perkhidmatan ini, pembeli akan menerima barang atau produk dalam tempoh beberapa jam selepas membuat pesanan. Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai caj penghantaran yang akan dikenakan.

Perkhidmatan Instant Delivery berbeza dengan Delivery biasa yang mengambil masa beberapa hari untuk penghantaran. Shopee bakal memperluaskan perkhidmatan ini kepada lebih banyak kawasan dari masa ke semasa.
Selain itu, Shopee turut memperkenalka Cross-State Next-Day Delivery antara Melaka dan Negeri Sembilan, dengan lebih banyak laluan akan disokong secara berperingkat. Perkhidmatan ini akan mempercepatkan proses penghantaran dalam masa yang sama dapat meningkatkatkan kepuasan pengguna.