Close

Samsung Galaxy Z TriFold dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite

Seperti yang kita tahu, Samsung bakal memperkenalkan fon tri-lipat pertama mereka pada tahun ini. Fon tri-lipat ini dijangka akan menggunakan nama Galaxy Z TriFold.

Dalam perkembangan terbaru, Galaxy Z TriFold dikatakan hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang sama seperti pada Galaxy Z Fold7. Maklumat tersebut diperolehi dari kod sumber dalam One UI 8 yang memperlihatkan teks “siop_q7mq_sm8750″.

Kod sm8750 merupakan kod dalaman untuk cip Snapdragon 8 Elite manakala q7mq pula adalah kod nama dalaman untuk fon tri-lipat Samsung.

Maklumat lain pula mendedahkan, Galaxy Z TriFold dijangka hadir dengan skrin bersaiz 10-inci apabila dibuka sepenuhnya. Selain itu, peranti ini mungkin akan ditawarkan di China dan Korea terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada lebih banyak negara.

ARTIKEL BERKAITAN