Close

Nothing mungkin perkenal model mampu milik dengan nama ‘Lite’ atau ‘T’

Nothing mungkin akan memperkenalkan model yang lebih mampu milik dengan penjenamaan ‘Lite’ atau ‘T’.

Menurut laporan, Nothing bakal membangunkan siri telefon pintar baru dengan spesifikasi yang lebih rendah dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik. Model yang mungkin akan diperkenalkan adalah Phone (3) Lite dan Phone (3a) T.

Dengan pengenalan model ini Nothing mungkin tidak merancang untuk memperkenalkan model Pro untuk Phone (3). Pasaran dan penjualan untuk segmen peranti mampu milik dilihat lebih baik berbanding segmen peranti andalan. Jadi, ini mungkin pilihan terbaik untuk Nothing.

Malangnya, tiada maklumat lanjut mengenai rekaan, spesifikasi atau tarikh pelancaran yang dikongsi buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN