Close

realme 15 dan 15 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan bateri 7000mAh

realme secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu realme 15 dan realme 15 Pro. Hadir dengan pakej yang lebih menarik dan spesifikasi yang lebih berkuasa. realme 15 menjadi pengganti kepada realme 14 Pro manakala realme 15 Pro menjadi pengganti kepada realme 14 Pro+.

realme 15 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan yang lebih tinggi iaitu 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Ultra dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

realme 15 pula hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimenisty 7300+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan bateri 7000mAH dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Kedua-dua peranti ini turut hadir dengan penarafan IP69 dan menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 yang berasaskan Android 16. Tidak ketinggalan ia menyokong ciri AI baru iaitu AI Edit Genie, AI Gaming Coach 2.0 dan juga AI Ultra Touch Control.

Di India, realme 15 dijual pada harga bermula sekitar ₹23,999 (RM1510) manakala untuk realme 15 Pro pula adalah ₹28,999 (RM1830). Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut tiba di Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN