Close

iPhone boleh-lipat mungkin hadir dengan rekaan kompak

Apple dijangka akan memperkenalkan fon lipat pertama mereka seawal tahun depan. Walaupun dilihat sedikit lewat berbanding pesaing namun Apple kini bersedia untuk mengikut arus tersebut.

Menurut laporan, iPhone boleh-lipat akan menggunakan rekaan yang kompak dengan saiz skrin dalam sekitar 7.7-inci dan skrin luar bersaiz 5.5-inci. Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Z Fold7 dan HONOR Magic V3 menggunakan skrin dalam dan luar yang lebih besar.

Dengan rekaan yang kompak ia memudahkan untuk dibawa dan digunakan berbanding peranti pesaing. Selain itu, ia akan menjadi tarikan utama untuk iPhone boleh-lipat pertama dari Apple.

Sebelum ini, Apple telah menangguhkan pelancaran iPhone boleh-lipat disebabkan kegagalan untuk menghasilkan skrin tanpa kesan lipatan. Kini, terdapat laporan mendakwa Apple telah berjaya menghasilkan teknologi skrin tersebut.

Selain skrin, Apple turut membangunkan teknologi engsel yang lebih lasak yang mampu bertahan sehingga ribuan kali peranti dibuka dan ditutup.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN