Close

Kerajaan pertimbangkan larangan akaun media sosial untuk kanak-kanak bawah 13 tahun

Kerajaan sedang mempertimbangkan dan meneliti untuk melaksanakan larangan akaun media sosial untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil menyatakan, biarpun beberapa platform seperti TikTok, YouTube dan Instagram telah menetapkan had umur minimum 13 tahun namun masih ramai murid sekolah rendah memiliki akaun media sosial secara aktif.

Beliau turut menegaskan, perlindungan kanak-kanak dalam talian bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi ia memerlukan kerjasama daripada pada pelbagai pihak termasuklah ibu bapa dan juga penyedia platform media sosial.

Sebagai langkah ke depan, kementerian kini sedang mengubal modul literasi digital khusus untuk remaja berusia 13 tahun ke atas. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang keselamatan serta penilaian maklumat yang diperolehi daripada media sosial.

Perlindungan sosial perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan generasi muda membesar dalam persekitaran digital yang selamat dan beretika.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN