Spesifikasi penuh untuk peranti andalan OPPO iaitu Find X9 Pro telahpun tertiris. Peranti ini dijangka akan menjadi salah satu peranti andalan yang menarik untuk tahun ini.
OPPO Find X9 Pro hadir dengan skrin OLED jenis rata dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9500 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-828 + 50MP ISOCELL JN5 + 200MP ISOCELL HP5 dengan 3x optik zum dan swafoto 50MP ISOCELL JN5. Kemampuan kamera ini akan dibantu dengan kerjasama Hasselblad. Dimuatkan dengan bateri 7550mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti WiFi 7, NFC, pengimbas cap jari ultrasonik dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.
OPPO Find X9 Pro dijangka akan diperkenalkan pada Oktober ini di China dan akan memasuki pasaran global pada pertengahan November.