Selepas 15 tahun menanti, Meta akhirnya memperkenalkan apikasi Instagram khusus untuk iPad.

Walau bagaimanapun, Instagram untuk iPad dilihat lebih memfokuskan kepada Reels bukannya foto seperti mana pada iPhone. Apabila aplikasi ini dibuka, ia akan membawa pengguna terus kepada halaman Reels.

Menurut Instagram, langkah tersebut diambil kerana pengguna lebih gemar menonton kandungan video pendek pada skrin besar. Antara muka Instagram untuk iPad telah diubah suai untuk menjadikan ia lebih interaktif. Stories kekal pada bahagian atas manakala terdapat panel sisi yang menempatkan pelbagai pilihan seperti explorer, feed, notifikasi dan mesej.

Terdapat juga tab Following yang dibahagikan kepada tiga iaitu All, Friends dan Latest. Untuk All, ia mempaparkan kandungan yang disyorkan daripada akaun yang diikuti. Manakala Friends, memfokuskan kepada akaun yang mengikuti anda kembali dan Latest pula memaparkan kandungan mengikut kronologi.
Instagram untuk iPad kini tersedia untuk dimuat turun secara global dan menyokong iPadOS 15.1 dan ke atas. Selain itu, Meta turut merancang untuk memperkenalkan reka bentuk baru untuk tablet bagi peranti Android yang dijangka tiba tidak lama lagi.