HONOR X9d 5G kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Seperti yang kita tahu, model ini hadir dengan keupayaan yang lasak dan kukuh. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan peningkatan spesifikasi yang menarik.

HONOR tidak lagi menggunakan rekaan skrin jenis melengkung sebaliknya menggunakan skrin dan rekaan sisi jenis rata, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Peranti ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.79-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 3840Hz dan kecerahan puncak 6000 nits.

Dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 8300mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI Eraser, AI Motion Sensing, AI Outpainting, AI Upscale, AI Cutout, Ai Writing Tools, AI Face Tune dan banyak lagi.

Menarik mengenai HONOR X9d 5G adalah ia menerima pensijilan SGS Triple-Resistan Certification dan menyokong penarafan IP69K. Membolehkan peranti ini bertahan dalam pelbagai jenis tekanan seperti wap panas, habuk dan air bertekanan tinggi.

Di Malaysia, HONOR X9d 5G dijual pada harga RM1499 (12GB + 256GB) dan RM1699 (12GB + 512GB) ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green dan Midnight Black.

Bagi yang berminat, HONOR X9d 5G boleh dipra-tempah bermula 24 September hingga 9 Oktober di semua pengedar rasmi HONOR Malaysia. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1146.